Friday, December 28, 2012

berikan aku masa

hello hello.. jumpa lagi malam ni.. malam ni saja nak meluahkan apa yang aku rasa dan sebab apa aku perlukan masa untuk diri sendiri seketika.. hehe.. poyo je kan??

baru2 ni ada sowang bff aku mesej aku tanya kenapa aku tak reply mesej dia.. and mesej tu pun aku tak reply.. aku just baca dan fikir kenapa aku harus reply mesej tu.. maybe aku masih terasa dengan dia?? hmm.. entah la.. bukan apa, kadang2 kita terlalu melindungi orang yang kita sayang.. tapi kita tak tau sebenarnya, orang yang kita sayang tu pun ada perasaan jugak.. and sebenarnya dalam nak protect tu kita terlepas pandang yang sebenarnya benda yang kita buat tu cuma sakitkan hati orang sayang..

dear my bff,
aku tau kau sayang aku and tak nak aku terluka, tapi apa yang kau buat tu yang aku rasa down sangat2.. kau kawan aku, tapi kau bole cakap aku macam2.. sapa tak sakit babe.. so, aku harap kau faham kenapa aku diamkan diri tiba2.. mungkin sampai masa nanti, aku sendiri yang akan contact kau.. anyway, aku dah tak marah kau.. cuma aku perlu masa untuk lupakan semua tu..

sincerely,
your bff ^__^

p/s : kalau bole memang aku tak nak ada kaitan langsung dalam hidup korang (kau dan dia).. aku dah penat.. -__-

Thursday, December 27, 2012

jodoh itu rahsia Dia

malam2 cam ni bila tak da benda nak buat, and bila si crush dah tak reply tweet, ke sini la fikiran melayang.. heuw heuw.. tiba2 lak tingin nak cakap pasal jodoh malam ni.. sebab apa?? biasa la bila umur dah sampai masa untuk mendirikan rumah tangga tapi empunya diri belum berpunya yang terkesannya mesti la si ibu.. hoho.. apakah??

sekarang kan cuti sekolah, kawan plak dah ramai yang dah berumah tangga, yang baru nak naik pelamin pun tak kurang jugak.. tapi aku masih menanti si pemilik tulang rusuk yang masih tak kunjung tiba.. so, macam biasa la jawapan standard yang akan dijawab "jodoh belum sampai lagi" -__-

bila borak ngan adik, dia cakap "sekarang dengan sape?? umi asyik tnya aku ja kak aida xda sape2 ke??" so jawapan aku mesti la "xda sape2 la.. single and available".. haha.. mesti mak aku dah risau bila kawan2 aku, and kawan2 anak dia semua dah kawen and nak kawen.. tapi aku still macam ni jugak.. nak buat cam na.. ada orang nak kat aku, aku lak tak nak kat dia.. bila aku nak kat orang tu, orang tu lak anggap aku cam kawan ja.. hehe.. kesian kan?? >__<

tapi tu la.. macam tajuk entry aku, jodoh tu rahsia Dia.. jadi bila aku akan jumpa pemilik tulang rusuk aku ni, aku pun tak tau.. mungkin dah jumpa tapi belum pasti atau memang belum jumpa lagi.. tu pun aku tak tau.. jadi sabar je la buat sementara waktu ni.. heuw heuw.. ^__^

p/s : umi jangan la risau, kalau dah sampai masa kak aida kawen la.. hehe

Sunday, December 23, 2012

perempuan vs wanita

hye.. selepas berlalunya minggu yang penuh dengan cabaran akhirnya bole la aku mencoret disini.. hehe.. minggu apa?? biasa la student.. tambah2 bila dah sampai hujung2 semester ni.. semua nak kena hantar.. dengan test, presentation.. huish.. penat 2.. -__-

ok.. apa kes pulak dengan tajuk entri aku kali ni.. bukan perempuan ngan wanita 2 sama ke?? haa.. ni la yang aku nak cakap.. memang la dorang ni satu spesis tapi berlainan sikap dan perwatakkan.. erk?? betol ke?? ni semua pada pandangan aku je la.. tak tau laorang lain macam mana kan?? lagipun dah nama pun blog aku kan?? memang la cakap pasal pandangan n pendapat aku, tak kan orang lain lak kan?? heuw heuw.. >__<

ok.. back to our topic, bagi aku.. semua orang adalah perempuan (tak termasuk yang ada halkum ok).. tapi semua perempuan tu tak semestinya wanita.. wanita bagi pandangan aku la, seorang yang lemah lembut, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, manis mata memandang, dan semua yang baik2 la.. kalau yang perempuan 2, yang tak da ciri2 semua 2 la.. hehe.. but semua ni just pada fahaman aku.. bukan aku nak kata apa yang aku sampaikan ni semua betol..

aku dalam kategori mana?? hmm.. maybe aku tak sampai tahap wanita lagi kot.. ye la.. cakap pun kadang2 main lepas ja.. (bukan kadang2, tapi selalu sampai dah xbole kontrol.. haish..) kawan aku selalu cakap, "aida, lelaki suka perempuan yang lemah lembut.. yang kasar2 ni dorang tak suka.." tapi nak buat macam mana kan.. dah terbiasa sejak dari azali lagi.. tu la masa kecik2 siapa suruh main dengan budak2 lelaki je.. dengan budak2 perempuan tak nak kawan lak.. =__="

tapi, bila lama2 aku pikir betol gak tu.. sebab tu aku tak ada teman istimewa kot sekarang.. hahaha.. so, lepas ni aku kena la berubah untuk lebih mempunyai sifat2 kewanitaan berbanding keperempuanan.. baru ayu sikit kan?? huhu.. ok la...sampai sini je dulu kali ni..next time kita jumpa lagi k.. ^__^

Wednesday, December 12, 2012

sabar itu indah

entry kali ni aku ambik dari kata2 kawan aku merangkap bff aku (sangat.. -_-) haha... siapa lg kalau bukan si nabihah juhari.. dia la kawan yang selalu ada ngan aku sekarang.. semua aku kongsi ngan dia.. ya la kan.. hidup jauh dari family and kawan2 yang lain.. so dengan dia aku selalu mengadu nasib.. dia la teman berkongsi rahsia, bergelak ketawa, bergaduh, bertekak, semua la.. sampai kadang2 orang lain pun hairan tengok kami.. tengok macam tengah bergaduh tapi masih bole ketawa dalam masa yang sama.. 2 la uniknya sebuah persahabatan.. ^___^

ok.. back to the our topic "sabar itu indah".. semua orang tau sabar itu separuh daripada iman.. so sejauh mana tahap kesabaran kita, maknanya banyak 2 jugak la tahap iman kita.. erk.. cam tu ke?? almaklum la, aku ni bukannya pandai sangat pasal ilmu2 agama ni.. and aku mengaku kekhilafan diri ni.. terlalu leka dengan hidup yang sementara sebelum kehidupan yang kekal nanti.. (cuba memuhasabah diri) so, bila bercakap pasal kesabaran ni, aku mengaku yang aku ni sangat sangat la mempunyai tahap kesabaran yang nipis.. tak percaya?? tanya la biha ni.. sebab tu bila ada apa2 yang bole mencabar kesabaran kami, mesti dia cakap "sabar aida sabar.. walaupun nama kau bukan sabariah".. and setiap kali tu jugak la aku akan jawab, "sebab nama aku bukan sabariah la aku tak bole sabar" ( apa kaitan la plak nama sabariah ngan sabar kn?? ntah apa2 la kitorang ni.. haish..)

tapi tu la.. kita hidup ni bukan sorang2 and macam2 hal akan berlaku.. apa yang berlaku tu pun sedikit sebanyak akan menyentuh tahap kesabaran kita sebagai manusia.. setiap apa yang berlaku dan yang mencabar kesabaran kita semuanya ujian kita sebangai hamba-Nya.. sama ada kita bole tempuhi dengan senyuman atau sebaliknya pun bergantung juga kepada tahap kemampuan kita.. jadi, walaupun apa pun yang kita hadapi dalam hidup ini, SABAR adalah sangat penting supaya kita bole tempuhi hidup kita dengan hati yang tenang dan gembira.. >__<

p/s : senyum la dengan semua yang kita hadapi.. sebab senyum tu kan manis.. chu~


Tuesday, December 11, 2012

caring is loving

sebab apa aku nak tulis pasal entry kali ni.. ni semua sebab seorang makhluk yang tiba2 muncul dalam hidup aku.. macam mana dia bole muncul?? maybe kebetulan atau memang sudah tertulis yang aku dengan dia akan ada satu hubungan yang kitorang sendiri pun tak pasti nak gelarkan hubungan kitorang apa.. pelik kan??

sebenarnya agak lama juga la hubungan kitorang terjalin sejak aku kenal dunia lagi kot... biasa la darah yang mengalir kat dalam badan aku sama dengan darah yang mengalir kat dalam tubuh dia.. but, kitorang memang jarang sangat berkomunikasi and bole kira dengan jari je brapa kali kitorang bertegur sapa and rasanya tak sampai 10 ayat kot yang kuar dari mulut kitorang.. haha.. ni namanya hubungan atas nama je.. tapi tak pernah nak praktikkan.. erk?? btol ke apa aku cakap.. =__=

so, kisahnya bermula bila aku dengan dia berhubung di dunia maya ni.. biasa la sekarang ni semuanya dunia atas talian kan?? even sejauh mana pun kita, lama mana pun kita terpisah tapi dengan adanya dunia atas talian ni semuanya berubah.. hubungan pun dapat dirapatkan.. bukan dengan dia je, dengan kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah pun aku dah jumpa balik.. *macam lari dari topik je

continue balik ngan cite budak ni.. bila kitorang dah mula rapat (rapat ke??) eh.. silap..mula contact (haa... baru btol) dia slalu cite masalah dia ngan aku.. semua la dari A sampai Z (kot... -__-).. but sampai satu masa dia buat keputusan yang aku sangat, sangat, sangat la marah.. nak cakap frust pun ada jgak.. sebenarnya apa yang aku rasa ni buka sebab apa.. sebab aku ni caring dengan dia.. aku tak nak dia menyesal kemudian hari.. tapi 2 la.. bukannya pandai nak dengar nasihat orang, buat keputusan ikut suka hati.. bila orang marah mula la nak tanya "apa hak kau nak marah2 aku??".. ok fine..

tolong la sedar... aku marah2 kau sebab aku ambik berat, aku sayangkan kau.. kau 2 sedara aku.. aku rasa kalau kawan2 rapat aku or sedara aku yang lain buat keputusan yang sama macam kau buat confirm2 aku pun marah jgak.. haish... susah btol nak fahamkan orang ni...

p/s : harap2 satu hari nanti apa yang kau nak akan jadi kenyataan.. cakap nak berubah memang la senang tapi nak berubah 2 susah ok kalau hati kau xkuat.. apa2 pun aku sentiasa ada bila kau perlukan aku.. ^__^

Monday, December 10, 2012

terupdate la plak

mesti orang bosan kalau tengok blog aku ni kan?? ye la bukan ada apa pun.. benda mengarut je yang banyak..huhu..ala..biar la..aku buat blog ni pun saje suka-suka je..bukan ada benda sangat pun.. ^__^

apa ek yang nak kongsi ari ni?? maybe pasal orang sekeliling kot..memamng la kita akan jumpa ramai orang setiap ari..tapi sama ada orang yang sama ataupun yang berlainan, itu kita tak pasti..and setiap orang yang kita jumpa ni pun bukannya faham atau kenal kita sangat..kalau orang tu dah lama kita kenal pun blom tentu dia bole faham and tau kita ni macam mana..so, it's complicated kan??haha

kawan..memang ramai yang kita bole gelar kawan.. tapi tak ramai yang kita bole gelar sahabat..
sahabat..yang tau apa yang kita nak, apa yang kita lalui, apa yang kita rasa, apa yang kita pendam and apa yang kita cuba rahsiakan.. even dah lama kita kenal kawan kita tak semestinya dia faham semua ni.. but if baru je kita kenal sahabat kita, tak semestinya dia tak tau apa yang kita rasa sebenarnya.. itu la antara beza sahabat ngan kawan..

kenapa aku post pasal ni ari ni?? maybe sebab aku sendiri tak faham apa sebenarnya yang aku nak and apa yang aku harapkan dari seorang kawan or sahabat.. maybe.. -__-